trustgate logo

ePROMISE

(Pemurnian Dokumen Perjanjian dan Slip Pengesahan)

Sistem Tandatangan Digital

Infografik
Dokumen Manual Pengguna

1) Pendaftaran sijil digital pelajar/penjamin [Muat Turun]

2) Manual Pengguna (Pelajar) - Tandatangan dokumen perjanjian melalui ePROMISE [Muat Turun]

3) Manual Pengguna (Penjamin) - Tandatangan dokumen perjanjian melalui ePROMISE [Muat Turun]

FAQ

  • Apa yang saya perlu lakukan jika permohonan sijil digital berada pada status "Pending" di MyTrustID app?
    Penyelesaian:
    1) Sila tunggu sehingga pihak Registration Authority (RA) kami membuat semakan identiti yang mengambil masa 3-5 hari bekerja.
    2) Jangan uninstall, install dan register semula kerana ini akan membuat duplicate request dan akan melambatkan proses semakan identiti.
    3) Pengguna tidak perlu menggunakan portal jika sudah membuat pendaftaran melalui MyTrustID app.

  • Adakah penjamin perlu mendaftar sijil digital MyTrustID?
    Penyelesaian:
    1) Ya, penjamin perlu mendaftar sama seperti pelajar

  • Apa yang saya perlu lakukan jika mendapat ralat "Sijil digital anda telah tamat tempoh" semasa log masuk?
    Penyelesaian:
    Sila aktifkan semula sijil digital anda melalui salah satu cara di bawah -
    1) Jika menggunakan aplikasi mobile MyTrustID, buka app, di muka 'Home', klik ikon 'Certificates', klik 'Add Digital ID' dan pilih Jabatan Perkhidmatan Awam.
    2) Mendaftar semula melalui web portal

  • Apa yang saya perlu lakukan jika mendapat ralat "PIN tidak sah" semasa log masuk?
    Penyelesaian:
    1) Pastikan PIN anda adalah PIN yang sama semasa membuat pengaktifan sijil digital iaitu -
    a) Jika pendaftaran menggunakan portal, PIN adalah 6 digit
    b) Jika pendaftaran menggunakan mobile app, PIN adalah 6 digit.
    2) Jika terlupa kata laluan, pengguna boleh reset PIN -
    a) di dalam aplikasi MyTrustID, di bahagian certificates dan sijil Jabatan Perkhidmatan Awam
    b) di dalam portal MyTrustID

  • Apa yang saya perlu lakukan jika sijil digital tidak dijumpai semasa log masuk?
    Penyelesaian:
    1) Sila pastikan anda telah mendaftar sijil digital melalui portal ataupun aplikasi MyTrustID android/ios.
    2) Jika menggunakan portal, sila pastikan anda telah melakukan pengaktifan sijil digital.
    3) Jika menggunakan aplikasi MyTrustID, sila pastikan anda telah menambah sijil digital 'ePROMISE Jabatan Perkhidmatan Awam' pada Certificates.

  • Apa yang saya perlu lakukan jika tiada dokumen untuk ditandatangan selepas log masuk ke sistem ePROMISE?
    Penyelesaian:
    1) Sila pastikan pelajar log masuk melalui sistem ePenawaran dan telah klik dokumen perjanjian pada langkah 5.

  • Apa yang saya perlu lakukan selepas penjamin telah menandatangan dokumen perjanjian?
    Penyelesaian:
    1) Pelajar perlu menunggu sehingga wakil kerajaan / pegawai jpa selesai membuat tandatangan. Dokumen yang lengkap ditandatangan oleh jpa akan dihantar ke email pelajar.
    2) Jika pelajar mendapat email yang telah lengkap ditandatangan tetapi tiada tandatangan kerajaan/pegawai jpa, sila telegram chat support trustgate tindakan pembetulan.

  • Apa yang saya perlu lakukan jika nama pada tandantangan pelajar/penjamin tidak betul atau keluar 'null'?
    Penyelesaian:
    1) Sila telegram chat support trustgate tindakan pembetulan.

Hubungi Kami

Sebarang permasalahan mengenai pendaftaran sijil digital MyTrustID dan sistem ePROMISE boleh menghubungi

  • Emel: jpa-support@msctrustgate.com
© Bahagian Pembangunan Modal Insan. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.